Kursus Asas Jualan Shoppe (Penolong Pengurus)
13 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 November 2020 (Khamis), telah diadakan Kursus Asas Jualan Shoppe (Penolong Pengurus).Kursus ini dibuat secara menyeluruh dan melibatkan staf-staf Pusat Ekonomi Digital Komuniti seluruh Malaysia.Kursus ini dilakukan atas talian sahaja. Kursus ini bermula pada jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang.
Kelebihan kursus ini ialah dapat membantu usahawan atau bakal usahawan bagi memperluaskan produk jualan ke serata dunia. Ini sekaligus secara langsung membantu untuk meningkatkan pendapatan usahawan dan bakal usahawan itu sendiri. Bukan itu sahaja, penjualan barang melalui Shoppe juga dapat menjimatkan kos dan masa. Oleh yang demikian, kursus seperti ini memberi manfaat kepada semua staf Pusat Ekonomi Digital Komuniti yang ingin ceburkan diri dalam bidang keusahawan bagi menambahkan pendapatan sampingan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: